Ya Allah,
Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku,
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku,
Ya Allah,
Aku bersyukur kepadaMu, Kau telah kurniakan ku seorang suami,
Seorang suami yang telah kau amanahkan.
Ya Allah,
Aku tahu aku telah banyak berbuat dosa kepadaMu,
Aku tahu semua perlakuanku, ya Allah,
Aku tahu aku banyak melalaikan terhadap semua kewajibanku terhadapMu,
Aku tahi aku banyak melakukan kemungkara
Aku tahu semua dosaku, ya Allah,
Aku juga tidak tahu apa lagi dosa kerana kejahilanku
Begitu juga dosa kealpaanku, ya Allah,
Ya Allah,
Dugaan di alam baru ini akan ku tepuh bersandarkanMu, ya Allah
Aku hidup hanya untuk mencari redhaMu, ya Allah
Aku tabah hanya untuk mencari redhaMu, ya Allah
Hanya Kau tahu hatiku
Hanya Kau tahu doaku
Hanya Kau tahu hidupku
Ya Allah,
Hanya padaMu aku memohon petunjuk
Hanya padaMu aku memohon keberkatan
Hanya padaMu aku memohon kebahagian
Hidayah hanya datang dariMu
Rezeki hanya datang dariMu
Tenang hanya datang dariMu
Ya Allah,
Ku mohon berikan aku semangat untuk melalui alam baru ini
Ku mohon agar diteguhkan imanku
Ku mohon agar diperkuatkan jiwaku
Ku mohon agar aku dapat lakukan hari ini lebih baik dari semalam
Ya Allah,
Tiada manusia sempurna di dunia ini, ya Allah
Aku redha dengan kekurangan yang ada pada suamiku
Aku redha dengan cara dia melayanku
Ya Allah,
Perkuatkanlah iman suamiku
Berilah dia hidayah dariMu agar dia dapat membimbingku
Berilah dia kekuatan iman supaya dapat menjagaku dari arus kelalaian dunia
Ya Allah,
Hanya padaMu aku memohon
Hanya padaMu aku meminta
Berkatilah segala rezeki yang Kau kurniakan
Ya Allah
Sesungguhnya Kaulah Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Amin..
Friday, August 26, 2011
Thursday, July 14, 2011
Nota 2: Isteri adalah Amanah buat Suami bukan Hak
Kebegantungan kita hanyalah kepada Allah. Jangan letakkan kebergantungan kita kepada manusia.
Jika kita hidup bergantung kepada suami kita akan takut suami kahwin lain. Takut suami tinggalkan kita.
Isteri dikurniakan dan dirahmatkan oleh Allah SWT untuk suami adalah sebagai amanah untuk dipelihara dan dilindungi.
Bukan hak untuk disuruh-suruh.
Kebimbangan- kebimbangan
1. Ketakutan. Takut mati. Jumpa pencipta. Sebab kita tahu kita banyak dosa dan tidak cukup beribadat.
2. Takut sakit.
3. Takut miskin.
4. Takut orang kata.
5. Takut hilang orang yang disayangi.

Wednesday, June 8, 2011
Nota 1: Bertanggungjawab Ke Atas Apa Yang Berlaku. (Responsible)
Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah hubungan dengan suami.
1. Betulkan diri kita.
Sebelum kita hendak membetulkan orang lain kita perlu terlebih dahulu sibuk memperbetulkan diri kita. Muhasabah tentang setiap perkara.
Kita akan dapat tingkatkan kekuatan mental ketika menghadapi masalah. Kita akan kuat jika kebergantungan kita pada Allah kuat.
Jika kita tidak dapat kasih sayang Allah tentu kita tidak dapat kasih sayang manusia.
Dunia luar cermin kepada dunia dalaman. Jika hubungan kita tidak baik cermin jiwa, hati dan hubungan dengan tuhan.
2. Kesian dengan suami dan menambah kasih sayang.
Kesian kerana dia tidak mempunyai ilmu untuk mengatasi masalah emosi.
3. Komunikasi yang baik.
Setiap hari kita cuba nilai setiap perbuatan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Contoh dialog,
Ayang: Bang, hari ni saya sebagai isteri abang dalam satu sehingga sepuluh berapa abang nak kasi?
Abang: 3.
Ayang: Ok. Macam mana saya nak naikkan markah tu jadi 5? Abang cuba bagi tahu ayang.
Komunikasi dengan kasih sayang. Kita perlu tahu kegemaran suami, dan buat apa yang dia suka kemudian kita bawa berbincang.
Lakukan semua perkara dengan kasih sayang.
Kita perlu menukar strategi kita mengambil hati suami dan tahu apa yang suami tidak suka dan suka.

Tuesday, June 7, 2011
Ingin di countdown?
Tarikhnya bila?
Persiapannya bagaimana?
Adakah cukup?
Atau bersediakah?
Kaki sejuk?
Tarikh masih akan datang...
Persiapannya bagaimana?
Adakah cukup?
Atau bersediakah?
Kaki sejuk?
Tarikh masih akan datang...
Subscribe to:
Comments (Atom)