Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah hubungan dengan suami.
1. Betulkan diri kita.
Sebelum kita hendak membetulkan orang lain kita perlu terlebih dahulu sibuk memperbetulkan diri kita. Muhasabah tentang setiap perkara.
Kita akan dapat tingkatkan kekuatan mental ketika menghadapi masalah. Kita akan kuat jika kebergantungan kita pada Allah kuat.
Jika kita tidak dapat kasih sayang Allah tentu kita tidak dapat kasih sayang manusia.
Dunia luar cermin kepada dunia dalaman. Jika hubungan kita tidak baik cermin jiwa, hati dan hubungan dengan tuhan.
2. Kesian dengan suami dan menambah kasih sayang.
Kesian kerana dia tidak mempunyai ilmu untuk mengatasi masalah emosi.
3. Komunikasi yang baik.
Setiap hari kita cuba nilai setiap perbuatan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Contoh dialog,
Ayang: Bang, hari ni saya sebagai isteri abang dalam satu sehingga sepuluh berapa abang nak kasi?
Abang: 3.
Ayang: Ok. Macam mana saya nak naikkan markah tu jadi 5? Abang cuba bagi tahu ayang.
Komunikasi dengan kasih sayang. Kita perlu tahu kegemaran suami, dan buat apa yang dia suka kemudian kita bawa berbincang.
Lakukan semua perkara dengan kasih sayang.
Kita perlu menukar strategi kita mengambil hati suami dan tahu apa yang suami tidak suka dan suka.
No comments:
Post a Comment